Thursday, 6 August 2020

updated 2:38 PM UTC, Aug 6, 2020

PN terus beri sokongan padu perkasa FELDA

  • Published in Nasional

 

SUNGKAI, 7 Julai - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan terus memberi sokongan padu kepada FELDA untuk bangkit semula dan mengorak langkah dengan lebih gagah.

Berucap pada sambutan Hari Peneroka FELDA 2020 Peringkat Kebangsaan Perdana Menteri, menegaskan, beliau sedar FELDA sedang berada dalam situasi yang agak sukar pada waktu ini, namun sumbangan besar FELDA kepada pembangunan negara amat dihargai.

Sebagai langkah awal memperkukuh kedudukan kewangan FELDA, Perdana Menteri telah mengarahkan penubuhan Pasukan Khas Menangani Isu FELDA yang dipengerusikan oleh Pengerusi Bukan Eksekutif Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Pasukan itu sedang berusaha mengenal pasti kaedah terbaik untuk menjamin kelestarian kewangan FELDA yang akan memberi manfaat kepada seluruh warga peneroka.

Menurut Tan Sri Muhyiddin, hasil laporan akan dibentang kepada beliau dalam masa terdekat.