Thursday, 6 August 2020

updated 2:38 PM UTC, Aug 6, 2020

Polis panggil wartawan, pengendali Al Jazeera dalam tempoh terdekat

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 7 Julai - Polis akan memanggil wartawan dan pengendali Al Jazeera dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, siasatan akan dilakukan mengikut beberapa peruntukan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.

Beliau mengulas perkara itu selepas menghadiri Pelancaran Hari Banci Penduduk dan Perumahan 2020 di Putrajaya.

Semalam, Timbalan Pengarah Bahagian Siasatan dan Perundangan, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan, polis telah memulakan siasatan berhubung laporan tersebut mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.