Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

Lelaki warga Bangladesh diburu fitnah kerajaan Malaysia

  • Published in Nasional

 

KUALA LUMPUR, 7 Julai - Seorang lelaki warga Bangladesh kini diburu kerana melemparkan tohmahan tidak berasas dan berbohong mengenai layanan pihak berkuasa terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika negara menguatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Orang ramai juga diminta membantu memberi maklumat berkaitan lelaki berusia 25 tahun itu.

Dia dikenali sebagai Md Rayhan Kabir, nombor pasport BW0974403 dan alamat terakhirnya adalah Sirhan Legacy Sdn Bhd B-7-9 Menara Uncang Emas, No 85 jalan Loke Yew 55200, Kuala Lumpur.

Dia melemparkan tohmahan dan dakwaan tidak berasas itu menerusi kenyataan diberikannya kepada stesen televisyen antarabangsa, Al Jazeera, yang membuat laporan khas berhubung pendatang tanpa izin di negara ini.

Semalam Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menuntut Al-Jazeera memohon maaf kepada rakyat Malaysia ekoran laporan yang tidak wajar, berniat tidak baik, mengelirukan dan membuta tuli itu.