Friday, 14 August 2020

updated 1:11 PM UTC, Aug 14, 2020

7 Warga Indonesia ditahan, cubaan keluar masuk sempadan Negara

  • Published in Nasional

KOTA TINGGI, 7 Julai - Cubaan 7 warga Indonesia untuk keluar masuk dari Ladang Kurnia, Batu Layar, Kota Tinggi, Johor gagal selepas diberkas Rejimen ke 61, Artileri Diraja, Tentera darat Malaysia, 4.30 pagi tadi.

Tangkapan melibatkan dua lelaki dan seorang wanita yang ingin pulang manakala empat wanita lagi baru tiba dari Indonesia.

Markas 3 Divisyen dalam satu kenyataan berkata, semua pendatang tanpa izin itu dianggarkan berusia 23 hingga 42 tahun.

Hasil tangkapan merampas tunai berjumlah 4 ribu 310 ringgit, 4 juta rupiah, barang kemas dan 11 telefon bimbit dengan nilai rampasan keseluruhan kira-kira 28 ribu ringgit.

Pihaknya sedang mengesan saki baki pendatang tanpa izin termasuk individu yang bergelar tekong.

Mereka dibawa ke Balai Polis Bayu Damai sebelum menjalani ujian saringan covid-19 di Pejabat Kesihatan Kota Tinggi.