Thursday, 6 August 2020

updated 2:38 PM UTC, Aug 6, 2020

KPDNHEP berjaya putuskan rantaian pengedaran dan penjualan barang tiruan dalam talian

  • Published in Nasional

BATU CAVES, 7 Julai - Operasi membanteras penjualan barang tiruan secara dalam talian oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di dua buah premis penyimpanan stok di Batu Caves, Selangor, berjaya menemukan sebanyak 96 ribu 915 helai pakaian tiruan pelbagai jenama.

Serbuan hasil maklumat wakil pemilik cap dagang berkaitan penjualan barangan tiruan itu berjaya memutuskan rantaian pengedaran dan penjualan barangan tiruan di negara ini.

Menurut Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Dato Iskandar Halim Sulaiman dalam kenyataan,sebanyak 480 pengedar dan penjual terjejas akibat operasi itu.

Beliau turut menggesa orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam memilih barangan berjenama di pasaran supaya tidak terpedaya dengan taktik pihak tidak bertanggungjawab.

Kes disiasat dibawah Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019.

Individu yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap barangan atau penjara tidak melebihi 3 bulan atau keduanya sekali.