Saturday, 24 October 2020

updated 9:17 AM UTC, Oct 24, 2020

Harga Minyak Sawit mentah kembali mengukuh, mencecah RM2,400 satu tan

  • Published in Nasional

CHINI, 7 Julai - Harga minyak sawit mentah, CPO kini mencecah RM2,400.

Ia kembali mengukuh, selepas mencatat penyusutan bagi tempoh Januari hingga April lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pengukuhan itu didorong keyakinan negara pengimport minyak sawit terhadap kecekapan pentabiran kerajaan Perikatan Nasional.

Beliau memaklumkannya di Chini, Pahang.

Pada akhir Mei lau, India kembali mengimport bahan mentah itu dari Malaysia, setelah berhenti berbuat demikian selama empat bulan berikutan ketegangan hubungan diplomatik Kuala Lumpur - Delhi, semasa pentabiran kerajaan terdahulu.

Komoditi sawit menyumbang RM64.84 billion atau 4.76 peratus kepada KDNK negara.