Thursday, 6 August 2020

updated 2:38 PM UTC, Aug 6, 2020

12,197 individu diperintah kuarantin wajid pulang dari luar negara

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 6 Julai - Seramai 12,246 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dalam tempoh 10 Julai hingga semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, 12,197 orang telah diperintahkan untuk menjalani kuarantin wajib dan 49 orang lagi telah dibawa ke hospital.

Sementara itu, di pintu masuk negara di Johor pula, seramai 140 individu telah masuk ke dalam negara dan diperintahkan menjalani kuarantin wajib.

Selain itu, polis juga telah membuat 374 pemantauan pematuhan SOP dan mendapati kesemuanya mematuhi arahan.