Thursday, 6 August 2020

updated 2:38 PM UTC, Aug 6, 2020

Kerajaan teliti semula prosedur, cara kerja permudah urusan pemulihan ekonomi

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 6 Julai - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui prosedur dan cara kerja pentadbiran kerajaan perlu diteliti semula bagi mempermudah urusan pembangunan semula negara.

Tambahnya, tindakan yang lebih tersusun, terancang serta teratur amat diperlukan.

Tan Sri Muhyiddin yakin, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali mampu menjadi peneraju utama bagi memudahcara antara kementerian dan agensi kerajaan dalam usaha untuk mengembalikan ekonomi negara ke landasan yang sewajarnya.

Beliau berkata ketika menyampaikan amanat kepada kira-kira 250 kakitangan dan pegawai Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Perjumpaan Bulanan pertamanya sejak menerajui kerajaan pada Mac lalu.