Wednesday, 12 August 2020

updated 2:52 PM UTC, Aug 12, 2020

Malaysia diiktiraf dunia berjaya urus baik wabak COVID-19

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 6 Julai - Malaysia diiktiraf dunia sebagai antara negara yang berjaya menguruskan wabak COVID-19.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kejayaan itu atas usaha dan kesungguhan kerajaan dan rakyat yang menguruskannya secara bijaksana, berani serta membuat keputusan yang cepat dan tepat.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Ini merupakan perhimpunan bulanan pertama beliau, sejak menerajui negara Mac lalu.