Thursday, 13 August 2020

updated 2:52 PM UTC, Aug 12, 2020

Pendekatan teknologi moden tarik minat generasi kedua dan ketiga - FELDA

  • Published in Nasional

ANGKASAPURI, 6 Julai - Pendekatan teknologi moden bakal digunakan bagi mengubah pemikiran warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) khususnya generasi kedua dan ketiga bagi menarik minat mereka untuk meneruskan pembangunan tanah rancangan Felda yang akan diwarisi.

Pengerusinya, Datuk Seri Idris Jusoh yakin generasi muda akan terus menguruskan ladang yang diwarisi memandangkan Felda mempunyai potensi yang amat besar selain aset dan nilai yang tinggi.

Tambah beliau, pihaknya akan terus berusaha meningkatkan pendapatan peneroka bagi memastikan Felda menjadi pilihan generasi muda untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan dan terjamin.

Selain itu, pelbagai peluang lain akan diwujudkan agar generasi muda kembali memajukan Felda selain mendapat kehidupan yang berkualiti dan selesa seperti di bandar.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.