Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

Pekerja kilang maut kemalangan

  • Published in Nasional

SARAWAK, 6 Julai - Seorang pekerja kilang, maut, selepas motosikal yang ditunggangnya, merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna, MPV.

Insiden berlaku di Kampung Mundai, Padawan, Sarawak, disahkan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu.

Mangsa Winston Keyon, 18 tahun, dipercayai dalam perjalanan menuju ke bandar raya Kuching.

Motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah M-P-V yangg menuju ke padawan.

Mangsa tercampak ke bahu jalan, dan disahkan meninggal dunia di lokasi insiden oleh pasukan perubatan.

Bagaimanapun, insiden yang berlaku pada lapan malam tadi tidak mengakibatkan sebarang kecederaan kepada pemandu M-P-V yang berusia 41 tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41, Kurungan Satu Akta Pengangkutan Jalan 1987.