Thursday, 6 August 2020

updated 2:38 PM UTC, Aug 6, 2020

19 Keluarga terima bantuan pasca banjir

  • Published in Nasional

LABUAN, 6 Julai - 19 keluarga di wilayah Persekutuan Labuan yang terjejas akibat banjir kilat, menerima sumbangan masing-masing daripada Perbadanan Labuan.

Bantuan pasca banjir kilat itu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman disalur menerusi Tabung Pengurusan Bencana PL.

Beliau menyatakan demikian selepas meninjau lokasi terjejas banjir dan menyampaikan sumbangan kepada penerima.