Wednesday, 12 August 2020

updated 2:52 PM UTC, Aug 12, 2020

Polis Pahang berpuas hati dengan perjalanan dan pematuhan SOP PRK DUN Chini

  • Published in Nasional

CHINI, 6 Julai - Polis Pahang berpuas hati dengan perjalanan Pilihan raya kecil PRK DUN Chini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, tiada insiden tidak diingini berlaku mahupun kejadian yang boleh menggugat keselamatan pelaksanaan PRK tersebut.

Tambahnya, PRK Chini yang berlangsung dalam kebiasaan baharu boleh menjadi panduan perlaksanaan pilihan raya lain di negara ini.

Beliau berpuas hati semua pihak termasuk pengundi amat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang diperkenalkan pada PRK ini memandangkan negara masih berada dalam krisis COVID-19.

Pada PRK itu, calon Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain menang menewaskan dua calon Bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli.