Thursday, 6 August 2020

updated 2:38 PM UTC, Aug 6, 2020

Jabatan Perkhidmatan Veterinar keluarkan SOP khas pelaksanaan ibadah korban

  • Published in Nasional

MELAKA, 6 Julai - Di Melaka, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengeluarkan beberapa panduan dan prosedur operasi standard (SOP) khas kepada umat islam bagi pelaksanaan ibadah korban tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Norlizan Mohd Noor berkata, ia termasuk menggalakkan ibadah korban dilakukan di rumah sembelihan seliaan DVS, Rumah Penyembelihan Ruminan Swasta yang dilesenkan DVS, dan masjid, surau, kawasan awam atau persendirian yang diluluskan DVS.

Jelas beliau, pihak yang ingin melaksanakan ibadah korban di luar lokasi berkenaan perlu mendapatkan permit kebenaran daripada DVS di kawasan masing masing sekurang kurangnya 3 hari sebelum pelaksanaan ibadah berkenaan.

Pegawai DVS juga akan ditempatkan di kawasan yang terbabit bagi memastikan SOP yang ditetapkan dipatuhi.

Tambahnya, ternakan yang akan di sembelih juga harus melalui pemeriksaan dan mempunyai sijil kesihatan veterinar bagi memastikan ianya benar benar sihat dan bebas daripada sebarang penyakit.

Beliau ditemui media dalam lawatan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Kuala Linggi.