Logo

Malaysiakini gagal ketepikan prosiding hina Mahkamah

PUTRAJAYA, 2 Julai - Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Malaysiakini bagi mengenetepikan prosiding penghinaan mahkamah oleh Malaysiakini dan Ketua Pengarangnya, Steven Gan.

Pengerusi kepada Panel seramai tujuh Hakim tersebut, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Yang Amat Arif Datuk Rohana Yusuf dalam keputusannya menyatakan Peguam Negara telah membuktikan permohonan tersebut pada tahap prima facie.

Prosiding terhadap Malaysiakini dan Ketua Pengarangnya berkaitan artikel bertarikh 9 Jun lalu bertajuk 'CJ orders all courts to be fully operational from July 1'.

Menurut Peguam Negara, komen-komen pembaca didapati membawa maksud badan kehakiman melakukan salah laku, terlibat dalam aktiviti rasuah, tidak menegakkan keadilan dan mengkompromi integriti badan kehakiman.

Prosiding tersebut menurut Tan Sri Idrus Harun menggugat keyakinan awam terhadap badan kehakiman dan secara nyata berniat menjatuhkan nama baik pentadbiran keadilan oleh badan kehakiman.

Panel 7 hakim itu turut dianggotai Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak dan Hakim-Hakim dari Mahkamah Persekutuan.

13 Julai ini ditetapkan bagi perbicaraan kes ini.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.