Logo

Projek naik taraf Loji Rawatan Air Kinabenua dijangka siap hujung tahun ini

LABUAN, 2 Julai - Projek naik taraf Sistem Takungan Air Mentah di Mukasauk Loji Rawatan Air Kinabenua di Sg Bedaun, Labuan yang bermula sejak Oktober tahun lalu dijangka siap hujung tahun ini.

Pengarah Jabatan Bekalan Air (JBA) Labuan, Zulkeflee Yusof berkata, projek tersebut melibatkan kerja-kerja meluas dan menggali tanah takungan
air sedia ada agar lebih dalam untuk meningkatkan kapasiti keperluan air di pulau ini.

Zulkeflee memaklumkan, setakat ini terdapat dua empangan yang berfungsi di Labuan iaitu Empangan di Kampung Sg Pagar dan Kampung Bukit Kuda.

Projek yang bernilai 8-juta ringgit itu adalah di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).

Beliau ditemui media sempena lawatan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias ke tapak loji berkenaan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.