Ejen Kastam antara yang dicekup seludup rokok

KLANG, 2 Julai - 30.1 juta batang rokok dianggar bernilai 12.4 juta ringgit dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam cubaan seludup menerusi Pelabuhan Utara pada 25 Jun lalu.

Dua lelaki tempatan ditahan termasuk seorang ejen kastam.

Siasatan mendapati rokok terbabit dibawa masuk dari China.

Sindiket penyeludupan rokok terbabit membuat pengikraran palsu terhadap tiga kontena berisi rokok terbabit.

Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976.