Logo

Peniaga tempatan diberi amaran, mengalibabakan lesen niaga

PULAU PINANG, 2 Julai - Jangan ‘alibabakan’ lesen perniagaan yang diberikan kepada peniaga tempatan untuk mengaut keuntungan atas angin.

Amaran dikeluarkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang.

Tindakan peniaga tempatan menyewakan lesen merupakan kesalahan selain menyukarkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

Terdahulu, serbuan dijalankan ke atas dua premis di Sungai Ara dan Batu Maung.

Dalam operasi itu, lima notis kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Satu kedai makan di Sungai Ara diarah tutup kerana membenarkan seorang pemegang kad Suruhanjaya tinggi Bangsa Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) terlibat dalam perniagaan makanan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.