Logo

51 termasuk 30 warga asing hadapi pertubuhan 'Geng Otong'

KOTA TINGGI, 2 Julai - 51 individu termasuk 30 warga asing dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang, Geng Otong antara 1 Januari 2015 hingga Jun tahun ini.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Zahilah Mohd Yusoff.

21 daripada tertuduh merupakan rakyat tempatan, manakala bakinya warganegara Indonesia serta Myanmar selain pemastautin tetap.

Kesemua mereka berusia antara 21 hingga 59 tahun.

Pertuduhan dibacakan mengikut seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang 5 tahun dan tidak melebihi 20 tahun.

Hakim menetapkan 27 Ogos sebagai sebutan semula kes dan tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.