Friday, 24 September 2021

updated 9:13 AM UTC, Sep 24, 2021

'Datuk' direman bantu siasatan kes tuntutan palsu

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 17 Jun - Mahkamah Majistret Kuala Lumpur membenarkan perintah reman lima hari terhadap seorang pengarah syarikat bergelar 'Datuk' bagi membantu siasatan berkaitan kes tuntutan palsu.

Suspek ditahan SPRM di ibu negara semalam selepas disyaki melakukan tuntutan palsu bagi kerja-kerja tidak dilaksanakan.

Perintah dikeluarkan Majistret Wong Chang Sia selepas permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mengikut seksyen 117 kanun acara jenayah.

Pengarah syarikat berusia 43 tahun itu yang juga Penasihat Khas kepada seorang Ahli Parlimen di Johor disiasat berkaitan tuntutan bayaran berjumlah 58 ribu ringgit.

Tuntutan dikemukakan kepada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen berkenaan pada 2019 sebagai bayaran bagi kerja-kerja pembekalan makanan pada satu Majlis Rumah Terbuka Peringkat Parlimen walaupun sebenarnya kerja-kerja itu tidak dilakukan.