Friday, 24 September 2021

updated 12:45 PM UTC, Sep 24, 2021

KPM lancar DELIMa kerjasama dengan Google, Microsoft dan Apple

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 16 Jun - Kementerian Pendidikan (KPM) melancarkan pelantar pembelajaran digital baharu dengan kerjasama Google, Microsoft dan Apple untuk memudahkan lagi sesi pembelajaran di antara guru dan pelajar.

Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) menawarkan aplikasi berkaitan seperti Google Classroom, Microsoft 365 dan Apple Teacher Learning Center.

KPM dalam kenyataannya memaklumkan pelantar itu mempunyai purata 1.7 juta pengguna aktif setiap bulan.

Inisiatif merupakan sebahagian daripada komitmen KPM dalam menyumbang kepada sektor pendidikan secara digital.