Logo

Pelanggan berhak dapatkan bukti ujian saringan COVID-19 daripada pemilik kedai gunting rambut

PUTRAJAYA, 12 Jun - Pelanggan berhak mendapatkan bukti daripada pemilik kedai gunting rambut atau pekerja mereka untuk mengetahui status saringan COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelanggan perlu menitik beratkan perkara itu sebelum menggunakan perkhidmatan mereka.

Beliau menyatakannya pada sidang media harian berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya.

Mengenai dakwaan ada pekerja kedai gunting disahkan positif, beliau berkata, laporan terperinci belum diterima dan jika ada, premis itu akan ditutup serta semua kontak rapat dikesan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.