Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Wujudkan sesi khas mengenai penjelasan fatwa bagi memudahkan kefahaman umat Islam

  • Published in Nasional

SHANGHAI, CHINA - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar semua muslim di negeri itu mewujudkan sesi dialog dan perbincangan dengan Jawatankuasa Fatwa Negeri dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam memahami sesuatu fatwa.

Usaha itu bagi memberi lebih kefahaman yang jelas dan telus mengenai agama Islam kepada umat Islam khususnya.

Titah baginda, umat Islam juga disaran terus mendalami ilmu agama dan berbuat kebaikan selagi ia tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin pada majlis penyerahan sumbangan ‘Tabung Ibnu Sabil MAIPs’ berjumlah RM5,000 yang diamanahkan kepada Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai, China pada Ahad. 

Sumbangan diterima Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai Hew Tse Hou dan disaksikan Pemangku Pengarah Pejabat Tourism Malaysia Shanghai, Mohd Ashrul Ashraf Mohd Noor Puasa.

Majlis penyerahan tersebut diadakan sejurus selepas Raja Muda Perlis selesai berangkat menghadiri program ‘The 2nd Shanghai International Ball 2019’ yang diadakan dilokasi sama.

Berangkat sama anakanda baginda Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah, Puteri Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs turut berharap semua Ketua Jabatan sektor awam dan swastamembantu mempromosikan pembayaran Zakat Pendapatan kepada pihak MAIPs melalui pembayaran secara ’one off’ atau melalui potongan gaji bulanan.