Thursday, 6 August 2020

updated 2:38 PM UTC, Aug 6, 2020

PKPB: Tradisi bidaan berbisik di Pasar Bisik perlu diubah

  • Published in Berita Semasa


KEPALA BATAS, 3 Jun - 
Menjadi tradisi sejak kira-kira 50 tahun lalu, pembeli berbisik ketika cuba tawar-menawar harga hasil tangkapan nelayan, satu keunikan di Pasar Bisik Kuala Muda.

Namun, dengan norma baharu dalam menghadapi COVID-19, amalan berbisik itu perlu ditukar kepada alternatif lain.

Itu pandangan Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Beliau berkata kaedah tradisi bidaan harga ikan secara berbisik tidak boleh diamalkan lagi.

Memasuki hari ke 3 penutupan Pasar Bisik Kuala Muda Penaga, tinjauan mendapati, pembeli dan nelayan mengamalkan SOP dan penjarakan sosial.