COVID-19: 93 kes baharu, hanya 2 kes libat warga tempatan
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Berita Semasa
PUTRAJAYA, 3 Jun - Hanya dua daripada 93 kes baharu COVID-19 hari ini, dalam kalangan warganegara Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan, 91 kes melibatkan warga asing dengan 55 kes dari Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil dan selebihnya dari Kluster Pedas.
"Jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 7,970 kes."
"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah sebanyak 1,324 kes."
Tiada kes kematian dilaporkan buat hari ke-12 berturut-turut manakala 61 pesakit disahkan pulih.