Monday, 16 May 2022

IPTS yang terjejas perlu dibantu: Tarik kembali kemasukan pelajar asing, jana ekonomi negara

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 3 Jun - Institusi pengajian tinggi swasta IPTS turut menerima impak langsung kesan penularan Covid-19, sehingga menyebabkan pengambilan pelajar luar negara dihentikan sementara. 

Presiden Persatuan Kolej dan Universiti Swasta Malaysia (MAPCU), Datuk Dr Parmjit Singh menyifatkan IPTS kini berada dalam situasi genting.

Jelas beliau, Pakej Prihatin yang diumumkan kerajaan sebelum ini tidak menjurus kepada sektor IPTS.

Justeru, sasaran awal negara untuk menerima kemasukan 200,000 pelajar antarabangsa pada 2020 turut sukar dicapai.

Semalam, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abd Aziz mengakui, industri pendidikan tinggi yang menyumbang RM35-bilion ringgit kepada ekonomi negara berdepan cabaran besar ekoran kekangan menarik kemasukan pelajar asing.