Thursday, July 2, 2020

updated 1:09 PM UTC, Jul 2, 2020

KPKT sedia pertimbang bekukan lesen penjualan arak

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 2 Jun - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersedia menimbang cadangan supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membekukan lesen baharu penjualan arak berikutan sejak kebelakangan ini semakin banyak kemalangan jalan raya berlaku membabitkan pemandu mabuk.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata keputusan untuk membekukan lesen perlu dibuat secara teliti kerana ia melibatkan jangka masa panjang dan tidak boleh dilakukan secara ad hoc.

Bidang kuasa panduan itu termasuk dalam bidang PBT dan ia perlu dilihat secara keseluruhan termasuk statistik yang melibatkan kemalangan jalan raya disebabkan alkohol.

Tambahnya pada masa ini, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang meneliti beberapa perkara berkaitan isu penjualan arak yang perlu ditangani dari segi undang-undang penguatkuasaan dan hukuman yang perlu dikaji semula.

Baru-baru ini, semakin banyak berlaku kes nahas jalan raya membabitkan pemandu mabuk sehingga ada yang mengakibatkan kematian.