Saturday, July 11, 2020

updated 7:44 AM UTC, Jul 11, 2020

YDP Agong terima panggilan telefon Presiden Turki bincang kerjasama tangani pandemik Covid-19

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 1 Jun - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima panggilan peribadi daripada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, di Istana Negara.

Dalam perbualan telefon 30 minit itu,kedua-dua pemimpin membincangkan kerjasama ke dua-dua negara dalam menangani cabaran pandemik wabak Covid-19.

Dalam satu perkongsian di laman Facebook Istana Negara, kedua-dua pemimpin dilapor membincangkan langkah-langkah memperkasa hubungan dan meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Rangka jadual lawatan baginda ke Turki selama lima hari, bermula 19 April lalu terpaksa ditangguhkan.

Pada 18 Disember lalu, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima kunjungan hormat Erdogan di Istana Negara sempena Sidang Kemuncak Kuala Lumpur.

Turki merupakan rakan dagangan Malaysia ketiga terbesar dari Asia Barat, manakala untuk Turki, Malaysia rakan dagangan terbesar di negara ASEAN.