Saturday, July 11, 2020

updated 7:44 AM UTC, Jul 11, 2020

Nasib penggiat seni kreatif diambil kira, bakal diumumkan dalam Pelan Pemulihan Ekonomi Negara

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 1 Jun - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifudin Abdullah optimis, Pelan Pemulihan Ekonomi yang bakal diumumkan kerajaan akan mengambil kira nasib penggiat seni kreatif negara yang terjejas akibat penularan COVID-19.

Beliau mengulas perkara itu dalam amanat sempena Ulang Tahun Penubuhan FINAS ke-39.

Tambahnya selaras usia Perbadanan Kemajuan Filem Nasional itu, usaha memperkasa industri perfileman termasuk penentuan sasaran khusus,audit dan tujuan semula dana-dana pembangunan dan pengeluaran filem akan terus dipergiatkan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman dalam masa terdekat berkenaan pelan pemulihan ekonomi baharu, negara.