Logo

42 lelaki didenda RM1,000 ingkar PKPB bersosial di pusat snooker

KEDAH, 1 Jun - Ingkar arahan PKPB.

Mahkamah Majistret Sungai Petani mengenakan denda seribu Ringgit seorang kepada 42 lelaki termasuk seorang warga emas kerana berkumpul dan bermain snooker.

Pemilik premis pula dikenakan, hukuman penjara.

Hukuman diputuskan Majistret Arif Mohamad Shariff, PAGI tadi selepas ke semua tertuduh berusia antara 19 hingga 62 tahun mengaku bersalah terhadap setiap pertuduhan.

Penjaga dan pemilik premis berusia 31 tahun pula diperintahkan menjalani hukuman penjara tujuh hari.

Tertuduh yang berasal dari Bandar Laguna Merbok turut didenda 7 ribu ringgit kerana beroperasi tanpa lesen sah.

Ke semua mereka ditahan sepasukan anggota polis dalam Op Covid di sebuah pusat snooker di Sungai Petani, Kedah pada 25 Mei lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit, 2020.

Pemilik premis turut didakwa mengikut Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat Tempat Hiburan, 1997.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.