Friday, July 3, 2020

updated 2:24 PM UTC, Jul 3, 2020

Isu bekalan air di Kelantan, yakin kerajaan PN dan PAS boleh selesaikan

  • Published in Nasional

KELANTAN, 1 Jun - Isu air di Kelantan yang sudah berbangkit sejak 30 tahun lalu, memerlukan perancangan dan peruntukan besar untuk diselesaikan.

Namun Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, YAKIN kerajaan Perikatan Nasional (PN) di peringkat pusat dan negeri, mampu menyelesaikan isu itu.

Jelas Ahli Parlimen Bachok, semasa zaman pemerintahan bapanya, Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masalah air di Kelantan, juga tidak pernah selesai dan sering dijadikan isu politik oleh pihak tertentu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu air dibangkitkan rakyat Kelantan apabila tidak mendapat kesempurnaan dalam penggunaan air harian.