Logo

PPM usir penceroboh elak penularan COVID-19

 

PELABUHAN KLANG, 29 Mei - Pasukan Polis Marin, PPM Wilayah Satu Pelabuhan Klang akan menggunakan pendekatan usir terhadap PATI yang cuba menceroboh masuk ke negara ini.

Ia sekali gus mengelak penangkapan warga asing yang akan merisikokan anggota keselamatan bertugas daripada jangkitan COVID-19.

Jelas Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Hazri Zakaria, pihaknya juga bersiap-siaga dengan meningkatkan kekuatan anggota dan memastikan tahap keselamatan perairan negara tidak diceroboh warga asing.

Tambahnya, operasi rondaan kawasan perairan itu turut melibatkan PDRM dan Tentera Laut Di Raja Malaysia.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.