Proses temuduga masuk universiti awam boleh dilakukan secara dalam talian
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Nasional
PUTRAJAYA, 29 Mei - Proses Temuduga memasuki Universiti Awam boleh dilakukan secara dalam talian.
Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pihak universiti telah pun melaksanakan inisiatif ini sejak April lalu.
Beliau berkata demikian dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya.