Wednesday, 15 July 2020

updated 1:37 PM UTC, Jul 15, 2020

COVID-19: Catat kes positif harian terendah semalam

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 29 Mei - Tiada kes kematian berkaitan COVID-19 dicatat sejak seminggu lalu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kekal 115.

Malah 10 kes positif baharu yang dicatat semalam juga angka paling rendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana 18 Mac lalu.

Bagi tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pula, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 1,189 kes jangkitan COVID-19 hanya 22.7 peratus melibatkan warga tempatan.

Datuk Dr Noor Hisham turut memaklumkan, terdapat 86 kes telah pulih direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,169 kes.

Jumlah kumulatif kes adalah 7,629 kes.

4 daripada 8 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi memerlukan bantuan pernafasan.