Wednesday, 15 July 2020

updated 1:37 PM UTC, Jul 15, 2020

10 pelajar sekolah antara individu dikompaun ingkar PKPB

  • Published in Nasional

 

BALING, 28 Mei - Seramai 10 pelajar sekolah menengah antara 27 lelaki yang dikenakan kompaun keseluruhan berjumlah RM27,000 kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kesemua mereka ditahan ketika sedang berkumpul dan menyertai aktiviti lumba haram di sekitar kawasan Kampung Bukit Pak Kuning, Kuala Ketil, dekat Baling, Kedah, lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Supritendan Syed Basri Syed Ali berkata, dalam operasi bermula pukul 5.30 petang sehingga pukul 7.30 malam itu, sepasukan anggota trafik IPD Baling yang melakukan penugasan Op Samseng Jalanan terserempak dengan sekumpulan remaja berada di kawasan terbabit.

Hasil siasatan,kesemua mereka yang berusia antara 14 hingga 26 tahun didapati berada dan berkumpul diatas motorsikal masing-masing dalam jarak yang dekat.

Mereka juga mengaku terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti lumba motorsikal.

Selain kompaun RM1,000 kenakan setiap seorang kerana ingkar PKPB dengan berkumpul beramai-ramai ditempat awam tanpa tujuan munasabah dan sebanyak 56 saman trafik turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

37 buah motorsikal turut disita untuk siasatan lanjut.

Sebuah daripada motorsikal berkenaan dilaporkan hilang di Kupang.