Wednesday, 15 July 2020

updated 1:37 PM UTC, Jul 15, 2020

Norma baharu sambutan Aidilfitri, gunakan teknologi telekomunikasi untuk eratkan hubungan

  • Published in Nasional

 

KEDAH, 25 Mei - Penggunaan teknologi terkini termasuk melalui panggilan video bersama insan tersayang adalah alternatif merapatkan ukhuwah dan mengeratkan silaturrahim sesama insan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Paduka Ammar Datuk Shaikh Mahmood Naim berkata, masyarakat perlu menyesuaikan diri menjalani kehidupan dengan norma baharu memandangkan seluruh dunia terkesan.

Dalam perutusan sempena Aidilfitri beliau turut mengucapkan syabas kepada petugas barisan hadapan dan pada masa yang sama berharap seluruh rakyat negeri itu sentiasa patuh arahan PKPB.