Thursday, July 2, 2020

updated 1:09 PM UTC, Jul 2, 2020

Dua remaja maut kemalangan motosikal, mangsa terperosok ke dalam longkang

  • Published in Nasional

PAHANG, 25 Mei - Seorang penunggang dan pembonceng motorsikal maut apabila kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum kedua-dua mangsa terperosok ke dalam longkang.

Kejadian berlaku di Kilometer 2 Jalan Jerantut-Maran berhampiran dengan persimpangan lampu isyarat Tok Gajah di Jerantut, Pahang.

Dalam kejadian 9.46 pagi semalam, penunggang motosikal Amir Adham Abdul Wahab, 21 tahun, dari Kampung Batu Embun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala.

Pemboncengnya, Nur Anira Amad Nazari, 20 tahun, dari Kampung Simpang Tebing Tinggi turut meninggal dunia di tempat kejadian juga disebabkan kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, siasatan awal mendapati Amir Adham mengambil Nur Anira di Taman Perumahan 410 untuk menghantarnya ke tempat kerja.

Mayat dibawa ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat.