Logo

14,962 individu sedang jalani proses kuarantin wajib

PUTRAJAYA, 25 Mei - Seramai 271 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air pada 23 Mei 2020 dari Singapura, Indonesia, Qatar serta Jepun dan telah dikuarantin wajib.

Manakala sehingga pukul 8.00 pagi semalam, seramai 14,962 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib di 270 Pusat Kuarantin seluruh negara berbanding 271 pada hari sebelumnya.

Sehingga semalam seramai 32,287 ribu individu telah selesaimenjalani tempoh kuarantin wajib dan dibenarkan pulang.

Sementara itu Ops Sanitasi Awam di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac 2020 telah melakukan 7,045 operasi sanitasi merangkumi 174 zon termasuk di 78 Zon Kuning dan Merah.

Sebanyak 10,675 premis telah disanitasi yang terdiri daripada 2,615 pusat perniagaan, 3,855 bangunan kerajaan, 1,578 kawasan perumahan termasuk PPR; 2,278 tempat awam dan 349 pasar raya.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.