Wednesday, 15 July 2020

updated 1:37 PM UTC, Jul 15, 2020

Polis guna dron jejak individu langgar SOP PKPB

  • Published in Nasional

KLANG, 25 Mei - Pihak polis di Klang, Selangor membuat pemantauan rumah ke rumah menerusi penggunaan dron bagi mengesan individu ingkar SOP PKPB.

Hasilnya terdapat 11 kediaman telah dikenalpasti menjadi tumpuan kenderaan dan orang awam di Kampung Perepat, Klang Utara.

Menerusi pemeriksaan yang dijalankan mendapati kesemua rumah tersebut mematuhi PKPB iaitu kurang dari 20 orang.

Penugasan Pemantauan Rumah ke rumah itu diadakan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPK Selangor SAC Datuk Kumaran Karuppannan bersama pegawai dan anggotanya dan disertai Team Drone Pasukan Gerakan Udara, Bukit Aman.

Lokasi pemantauan menerusi dron yang dilakukan di Kampung Perepat itu meliputi kawasan seluas 6 kilometer persegi dengan kepadatan 290 buah rumah.

Selain memastikan penduduk patuh PKPB, polis turut mengingatkan penduduk mengamalkan keselamatan kesihatan disamping tidak bermain mercun kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang dan mengundang bahaya.