Wednesday, 15 July 2020

updated 1:37 PM UTC, Jul 15, 2020

Polis nafi penganjuran majlis perkahwinan di sebuah kuil

  • Published in Nasional

SERI KEMBANGAN, 25 Mei - Polis menafikan dakwaan terdapat satu majlis perkahwinan diadakan di sebuah kuil di Seri Kembangan, Selangor.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan berkata, berdasarkan soal siasat terhadap penjaga kuil, tiada sebarang aktiviti atau majlis diadakan di kuil itu semalam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menerusi kenyataan tinjauan dan siasatan polis juga mendapati tiada sebarang aktiviti dijalankan di kuil tersebut.

Kenyataan itu merujuk rakaman video berdurasi satu minit yang memaparkan beberapa individu berkumpul dan mengadakan majlis perkahwinan di sebuah kuil di Seri Kembangan yang dipercayai dihadiri kira-kira 100 individu.

Siasatan lanjut masih diteruskan dan polis sentiasa memantau aktiviti di rumah ibadat bagi mencegah penularan COVID-19.