Thursday, July 2, 2020

updated 1:09 PM UTC, Jul 2, 2020

COVID-19: Depot Tahanan Imigresen Sepang dikesan kluster terbaharu

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 24 Mei - Satu lagi kluster baharu dikesan membabitkan enam kes jangkitan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Sepang.

Ia merupakan DTI ketiga dengan kes positif COVID-19 selepas DTI Bukit Jalil dan DTI Semenyih.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat 60 kes baharu yang telah dilaporkan setakat pukul 12 tengahari tadi.

Daripada jumlah itu, tujuh kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Bakinya, 53 kes adalah penularan tempatan dengan 44 daripadanya membabitkan kes bukan warganegara Malaysia.

DTI Semenyih mencatatkan 27 lagi kes jangkitan baharu menjadikan keseluruhan 48 kes positif telah dikesan di kluster berkenaan.

Manakala kluster Kampung Sungai Lui, merekodkan lapan lagi kes.