Monday, June 1, 2020

updated 2:10 PM UTC, Jun 1, 2020

Kerajaan tegas banteras kemasukan PATI

  • Published in Nasional

 

PUTRAJAYA, 23 Mei - Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menegaskan kerajaan akan terus mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) khususnya di lorong-lorong tikus di sempadan negara.

Terbaharu, pihak berkuasa berjaya mengusir 29 PATI dan 3 tekong.

Mereka cuba membolosi kawasan sempadan negara di Perairan Barat Semenanjung, sempadan utara Malaysia-Thailand, sempadan Sarawak-Indonesia dan Pantai Timur Sabah.