Monday, June 1, 2020

updated 2:10 PM UTC, Jun 1, 2020

PKPB: Jangan tunjuk hebat rentas negeri tanpa kebenaran

  • Published in Nasional

 

PUTRAJAYA, 23 Mei - Selangor mencatatkan cubaan rentas negeri tertinggi untuk pulang ke kampung direkodkan pada 329 kes, diikuti Kedah, 211 dan Pulau Pinang sebanyak 196 kes.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata seramai 39 individu telah ditahan, 18 individu lain direman selain 21 individu dikenakan kompaun atas kesalahan melanggar pematuhan (SOP) semalam.

Beliau turut memaklumkan sebanyak 35,035 buah kenderaan persendirian, 2,543 kenderaan awam dan 641 kapal telah diperiksa semalam.

Selain 2,243 pasar awam, 4,420 tempat ibadah,1,332 tempat riadah dan 585 tapak binaan.