Monday, June 1, 2020

updated 2:10 PM UTC, Jun 1, 2020

Pembelian terancang dapat elak pembaziran

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 23 Mei - Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) berupaya 'mengawal' harga barangan juga memastikan bekalan mencukupi sekaligus menggalakkan konsep penggunaan bijak dalam kalangan pengguna.

Timbalan Ketua Setiausaha Pendayaupayaan Pengguna, KPDNHEP, Mohamed Zahari Razali berkata menerusi pembelian terancang ia dapat mendidik pengguna untuk tidak membuat pembelian berlebihan.

Beliau terdahulu, membuat lawatan di Pasar Presint 8, Putrajaya.

Dimaklumkan dari tempoh 20 hingga 21 Mei, 6,974 pemeriksaan dilakukan dengan 12 aduan diterima dan tujuh jumlah kes.