Monday, June 1, 2020

updated 2:10 PM UTC, Jun 1, 2020

183 penguatkuasa KPDNHEP Sarawak pantau harga barangan sepanjang tempoh SHMMP

  • Published in Nasional

KUCHING, 23 Mei -Golongan peniaga perlu mengamalkan etika dalam menguruskan perniagaan, sementara pengguna perlu mengetahui tanggungjawab juga hak masing-masing.

Keperluan itu disaran agar tiada pembelian berlebihan yang boleh memberi tekanan terhadap harga barangan.

Serentak dengan itu, 183 penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bakal ditempatkan di lokasi tumpuan awam, membeli-belah di seluruh Sarawak sepenjang penguatkuasaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP).

Menteri bertanggungjawab, Datuk Alexander Nanta Linggi, menyatakan penguat kuasa daripada sembilan cawangan KPDNHEP negeri akan berada di pasar awam, pasar tani dan pasar raya untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan sepanjang tempoh SHMMP sehingga 3 Jun ini.

Dalam masa sama jelasnya, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga bekerjasama membuat pemantauan untuk memastikan bekalan barangan adalah mencukupi serta memastikan harga di pasaran adalah berpatutan.