Monday, June 1, 2020

updated 2:10 PM UTC, Jun 1, 2020

Kawalan pintu masuk ke Labuan diperketat

  • Published in Nasional

LABUAN, 23 Mei - Kawalan di kedua-dua pintu masuk ke Labuan melalui udara dan laut terus diperketat khususnya bagi pergerakan rentas negeri.

Ketua Polis Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad menegaskan, keperluan itu bagi memastikan setiap individu yang masuk serta keluar dari wilayah persekutuan itu mematuhi SOP dan mempunyai permit sah.

Sementara itu, Ketua Cawangan Kastam, Unit Pemeriksaan Penumpang Terminal Feri Kenderaan, Faizal Basiah memaklumkan, pihaknya memastikan setiap kenderaan yang keluar Labuan mempunyai permit yang dibenarkan PDRM.

Selain pemeriksaan kenderaan dan kebenaran rentas negeri, Jabatan Kesihatan Labuan terus menjalankan aktiviti saringan kesihatan terhadap individu yang tiba di Labuan.