Wednesday, May 27, 2020

updated 2:23 AM UTC, May 27, 2020

JBPM gerakkan Ops Lancar, bantu agensi lain buat pemantauan

  • Published in Nasional

MARAN, 23 Mei - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menjalankan Ops Lancar di beberapa lokasi lebuhraya di negara ini bagi membantu agensi lain dalam memastikan perjalanan di lebuhraya berjalan lancar.

Walaupun kenderaan di lebuhraya dijangka berkurangan kerana tidak dibenarkan merentas negeri namun JBPM tetap bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Sri Dr Ismail Abd Mutalib berkata, sempena Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini pasukan itu akan bertugas bermula 21 Mei di 7 lokasi plaza tol utama.

Ia adalah di Plaza Tol Juru, Plaza Tol Hutan Kampung, Plaza Tol Jalan Duta, Plaza Tol Sg. Besi, Plaza Tol Skudai, Plaza Tol Bentong dan Plaza Tol Gambang.

JBPM juga akan bekerjasama dengan Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan pihak Konsesi Tol di lebuhraya terbabit.