Tuesday, June 2, 2020

updated 12:09 PM UTC, Jun 2, 2020

Ingkar kuarantin di rumah, dua individu dihantar ke pusat kuarantin negeri

  • Published in Nasional

KOTA KINABALU, 22 Mei - Daerah Kota Kinabalu melaporkan dua orang awam yang ingkar perintah kuarantin di rumah pada Rabu lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, kedua-dua mereka telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin.

Justeru Datuk Dr Christina merayu kepada mereka yang menjalani kuarantin di rumah agar bertanggungjawab dalam memutuskan rantaian COVID-19.

Setakat 20 Mei, seramai 8,783 orang sedang menjalani perintah kuarantin di rumah, dan 3,207 lagi dirawat di 53 Pusat Kuarantin seluruh negeri.

Sehingga semalam jumlah kes COVID-19 bagi negeri Sabah kekal 338 kes.