Tuesday, June 2, 2020

updated 10:45 AM UTC, Jun 2, 2020

Pulau Pinang tubuh pasukan khas ‘Program Komputer E-Pembelajaran’ kelas dalam talian

  • Published in Nasional

GEORGE TOWN, 22 Mei - Sebuah pasukan khas ‘Program Komputer E-Pembelajaran’ ditubuh kerajaan negeri Pulau Pinang bagi membangunkan bidang pendidikan dalam suasana norma baharu.

Pasukan terbabit akan meneliti masalah dihadapi pelajar, ibu bapa, guru dan pihak berkepentingan dalam pendendalian kelas dalam talian.

Menurut Ketua Menteri; Chow Kon Yeow pasukan khas itu disertai agensi kerajaan, syarikat korporat, pertubuhan bukan kerajaan dan orang-perseorangan.

Ia dikendali Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Keterangkuman Gender
dan Agama Selain Islam, Chong Eng.

Antara yang menjadi tumpuan pasukan itu ialah masalah akses internet, kekurangan peralatan dan tahap literasi komputer.