Logo

Ekonomi negara, dijangka pulih secara beransur-ansur separuh kedua tahun ini

KUALA LUMPUR, 13 Mei - Ekonomi negara dijangka kembali pulih secara beransur-ansur pada separuh kedua tahun ini.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata,Kesan positif daripada pembukaan semula aktiviti ekonomi dan pelaksanaan pakej rangsangan juga dijangka dapat dilihat dalam tempoh tersebut.

Ditanya mengenai prospek bagi pertumbuhan ekonomi negara tahun ini, jelasnya BNM tidak dapat memberi unjuran yang tepat memandangkan ketidaktentuan global masih berterusan berikutan Covid-19.

BNM sebelum ini mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara antara negatif 2.0 peratus dan 0.5 peratus pada tahun ini.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.